Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Annuar Musa kukuhkan kedudukan PN di Kelantan menjelang PRN -

Annuar Musa kukuhkan kedudukan PN di Kelantan menjelang PRN

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan melihat tindakan Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa yang memilih Pas sebagai wadah perjuangan mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, pengalaman luas Anuuar dalam dunia politik dan kerajaan sebelum ini menjadi ‘senjata’ baharu buat PN untuk berdepan gabungan Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) pada PRN nanti.

“Tahniah!..saya yakin Pas akan mendapat untung yang banyak dengan penyertaan beliau (Annuar) bersama pengikut dan penyokong setianya.

“Tidak dinafikan Annuar mempunyai ramai kawan dan penyokong dalam UMNO terutama di negeri ini. Ramai pemimpin UMNO Kelantan telah mendapat menafaat semasa beliau menjadi menteri dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarudin memberitahu, beliau yakin ramai rakan sahabat yang terhutang budi dengan Annuar pastinya akan menyokong tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu secara diam atau terbuka.

“Satu langkah dan pilihan yang tepat selepas sekian lama tidak berparti, beliau memilih parti yang didokong oleh gabungan PN yang sealiran memperjuangkan agenda rakyat,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Annuar mengesahkan sudah menghantar borang permohonan menyertai Pas bulan lalu bersama lebih 1,000 ahli UMNO lain.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memutuskan menyertai Pas selepas lebih enam bulan meneliti secara dekat dan mendalam suasana politik negara mutakhir ini.