Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
UMNO akui sukar pujuk ahli terima DAP -

UMNO akui sukar pujuk ahli terima DAP

UMNO akui sukar untuk parti itu ‘memujuk’ ahli menerima kehadiran DAP sebagai rakan sekutu yang membentuk kerjasama dalam kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, pihaknya bersedia untuk bertemu dan menyantuni kumpulan berkenaan bagi memberi penerangan berkait dengan kerjasama antara UMNO dengan parti berkenaan.

Katanya, perspektif negatif dan bersifat kebencian yang ditanam oleh kepimpinan terdahulu sukar untuk dikikis.

“Dulu pengundi Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada calon MCA dan MIC. Untuk itu, kita akan gunakan kaedah yang sama bukan atas nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan dalam kerajaan perpaduan

“Lebih dua dekad kebencian penyokong terhadap sesuatu kumpulan telah ditanam dan tempoh itu bukan mudah untuk dirungkaikan,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di Pekarangan Maahad Tahfiz Yaakubiah, Bukit Tui, di Machang Kelantan.

Semalam ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, ahli parti itu perlu melihat calon DAP dalam pilihan raya negeri akan datang sebagai mewakili kerajaan perpaduan, bukan parti itu sendiri.

“Memanglah undi itu rahsia tetapi gesaan saya bukan (undi) atas nama parti atau DAP, tapi atas nama kerajaan perpaduan,” katanya.