Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pertuduhan memfitnah: Sebutan semula kes Editor Sarawak Report 25 Jun ini -

Pertuduhan memfitnah: Sebutan semula kes Editor Sarawak Report 25 Jun ini

MAHKAMAH Majistret di Kuala Terengganu menetapkan 25 Jun ini bagi sebutan semula kes Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan tarikh tersebut pada prosiding sebutan kes itu yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd Ali.

Tiada peguam yang mewakili Rewcastle-Brown hadir pada prosiding hari ini.

Pada 23 Sept 2021, Rewcastle-Brown didakwa di Mahkamah Majistret di sini, secara tanpa kehadirannya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah melalui buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu, peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown memohon supaya kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan itu telah didengar di hadapan Hakim K. Muniandy dan keputusan sama ada membenarkan permohonan Rewcastle-Brown atau tidak ditetapkan pada 21 Jun ini.

— BERNAMA