Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran ribut, hujan di tujuh negeri sehingga 5 petang -

Amaran ribut, hujan di tujuh negeri sehingga 5 petang

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 5 petang.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata,  negeri yang dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Kedah di Langkawi, Sik dan Baling, Perak antaranya di Larut, Matang dan Selama, Kelantan di Gua Musang.

“Pahang antaranya di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub, Johor antaranya di Mersing dan Pontian, Sarawak antaranya di Sri Aman dan sibu, manakala Sabah di Pedalaman dan Tawau,” katanya, lapor Kosmo!.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.