Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cubaan warga Thailand seleweng minyak diesel gagal -

Cubaan warga Thailand seleweng minyak diesel gagal

SEORANG lelaki warga Thailand ditahan polis kerana cuba menyeleweng minyak diesel yang diisi dalam tangki tambahan kenderaan pikap yang dipandunya, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan anggota Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika kenderaan dengan pendaftaran Thailand itu melalui sekatan jalan raya di Durian Burung, sekitar jam 11.45 pagi.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata pemeriksaan menemui 150 liter diesel dalam tangki diubah suai yang disyaki digunakan untuk penyelewengan. Kenderaan pikap itu kemudian disita untuk siasatan lanjut.

“Anggaran nilai rampasan minyak diesel adalah sebanyak RM323 manakala anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM40,323,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Affendi berkata, KPDN ingin memberi amaran keras dan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket yang membabitkan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan.

Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613).