Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Stor komputer SMK Taman Yarl terbakar -

Stor komputer SMK Taman Yarl terbakar

SEBUAH stor menyimpan barangan komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl di Kuala Lumpur terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 7.26 pagi tadi dan seramai 15 anggota dengan dua jentera dan sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling dan Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut jurucakap berkenaan, kebakaran melibatkan stor menyimpan komputer berkeluasan 20×20 kaki dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.42 pagi.

“Kebakaran memusnahkan 60 peratus stor berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat, punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata jurucakap itu.

— BERNAMA