Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Blogger' ditahan SPRM, bantu siasatan dakwaan rasuah RM41 juta -

‘Blogger’ ditahan SPRM, bantu siasatan dakwaan rasuah RM41 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang ‘blogger’ bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan satu projek bernilai lebih kurang RM41 juta di sebuah kementerian.

Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini hingga 13 Mei terhadap suspek selepas SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan penulis blog itu dipercayai menerima rasuah kira-kira RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.

Sumber menambah permintaan dan pembayaran rasuah tersebut dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Difahamkan, selain isu jenayah rasuah, SPRM turut akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek tersebut dilaksanakan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009, lapor Astro AWANI