Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki maut dihempap kayu balak -

Lelaki maut dihempap kayu balak

SEORANG lelaki maut selepas dipercayai dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini pada Isnin.

Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak dari lori menggunakan kaedah yang biasa iaitu membuka empat rantai dan ‘chain-lock’ kecuali bahagian tengah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati selepas membuka ‘chain lock’ mangsa telah pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai terbabit.

“Perbuatan tersebut telah menyebabkan sebatang balak telah jatuh lalu menghempap badan mangsa.

“Rakannya yang berada di lokasi kemudiannya telah membawa mangsa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, siasatan polis di tempat kejadian mendapati bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian mangsa ialah ‘massive blood loss secondary’.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lapor Sinar Harian.