Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sokong Proklamasi Orang Melayu atas individu, tiada kaitan PRN - Razali Idris -

Sokong Proklamasi Orang Melayu atas individu, tiada kaitan PRN – Razali Idris

SOKONGAN beberapa pemimpin Bersatu terhadap Proklamasi Orang Melayu yang digagaskan Tun Dr Mahathir Mohamad tiada kaitan dengan kerjasama menjelang PRN, kata ketua penerangannya, Datuk Razali Idris.

Beliau juga menafikan sokongannya dan beberapa pemimpin Bersatu terhadap Mahathir atas arahan parti.

“Kita datang atas kapasiti individu, untuk penyatuan orang Melayu…tiada bincang pasal pengagihan kerusi (menjelang PRN),” katanya pada majlis Rumah Terbuka Bersatu bersama media.

“Tiada bincang mengenai kemasukan GTA (ke Perikatan Nasional) dan sebagainya.” katanya, lapor FMT.

Selain Razali, Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid turut menandatangani proklamasi itu.

Proklamasi Orang Melayu digerakkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu secara dalam talian, selepas lokasi untuk mengadakan perhimpunan mengenainya dibatalkan sebanyak dua kali.

Pada 27 Mac lalu, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu dalam kenyataan berkata, kempen itu akan dilakukan secara berterusan agar sampai kepada semua orang Melayu yang cintakan negara.

Penganjur sebelum ini juga dilaporkan berkata, Proklamasi Orang Melayu bukan bersifat politik tetapi hanya mahu membincangkan isu berkaitan komuniti Melayu.

Razali berkata, beliau menyokong usaha bekas perdana menteri itu kerana menganggap Mahathir sebagai negarawan yang mampu menyatukan orang Melayu.

“Melayu nak berpecah jadi kita letak Tun M sebagai negarawan untuk menyatukan orang Melayu.”