Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Faizal nafi MP PN tandatangan SD untuk jatuhkan kerajaan -

Faizal nafi MP PN tandatangan SD untuk jatuhkan kerajaan

TIMBALAN Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) telah menandatangai akuan bersumpah (SD) untuk menumbangkan kerajaan persekutuan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahmad Faizal sebaliknya berkata tumpuan utama pembangkang buat masa ini adalah menang di PRN di enam negeri yang akan dilaksanakan.

“PN memang tidak buat SD. Kita ada74 kerusi dan kita sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagi pembangkang yang berwibawa dan itu yang kita akan teruskan.

“Fokus PN hari ini adalah untuk cuba mengekalkan kerajaan negeri di Terengganu, Kelatan dan Kedah dan cuba mencari jalan mengambil alih kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam PRN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran DUN Gombak Setia, hari ini lapor Malaysiakini.

Berita lanjut menyusul