Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran hujan, ribut petir hingga malam ini -

Amaran hujan, ribut petir hingga malam ini

BEBERAPA negeri di seluruh negara diramalkan mengalami hujan dan ribut petir petang ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), selain Perlis, Kedah dan Perak, hujan serta ribut petir juga diramal di satu dua tempat di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan ibu negara, lapor BH Online.

Selain itu, ramalan cuaca sama juga diramal di satu dua kawasan di pedalaman Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

METMalaysia turut memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir diramal di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah, selain Tawau, Sandakan serta Kudat.

Di Sarawak pula, ribut petir diramal di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Pada sebelah malam, METMalaysia meramalkan hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Selain Pahang, ramalan sama turut dikeluarkan di satu dua tempat di kawasan pedalaman Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Di Sabah, hanya satu dua kawasan di Tawau dan Sandakan diramal ribut petir manakala hujan pula diramal di kawasan pedalaman, pantai barat serta Kudat.

Di Sarawak pula, hanya Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang yang diramal hujan pada malam ini.

Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.