Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isteri maut dilanggar suami ketika undur kereta -

Isteri maut dilanggar suami ketika undur kereta

SEORANG wanita maut dipercayai dilanggar suaminya ketika lelaki berkenaan mengundur keretanya dalam kejadian di Taman Selasih, Kulim pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, hujan dikatakan lebat ketika kejadian dan suami mangsa yang berusia 60 tahun itu tidak menyedari isterinya berada di belakang kereta tersebut.

Beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 7 malam dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Suami mangsa ketika itu sedang mengundur kereta jenis Proton Saga dan ketika itu hujan lebat dan pandangan terhad lalu tidak nampak mangsa berada di belakang kenderaan.

“Suami mangsa memberhentikan kenderaan selepas terlanggar kereta Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan sebuah rumah,” katanya ketika dihubungi Awani.

Mohd Redzuan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa keluar dari kereta kerana tertinggal barang di dalam rumah.

Katanya, suami mangsa yang ketika itu sedang mengundur kereta, telah tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri sebelum melanggar sebuah kereta yang sedang parkir.

Mayat mangsa yang berusia 59 tahun telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.