Amer Hamzah ketuai pasukan pembelaan Wan Saiful

0
197

PEGUAM Amer Hamzah Arshad akan mengetuai pasukan pembelaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, yang berdepan dua tuduhan rasuah berkait program Jana Wibawa.

Memetik FMT, peguam Wan Saiful, Rosal Azimin Ahmad berkata, Amer dilantik pada minggu lalu untuk mengendalikan kes itu selepas hakim mengarahkan ia perlu bermula tidak lebih tiga bulan dari tarikh pemimpin Bersatu itu didakwa.

“Beliau akan mengetuai pasukan pembelaan dan akan disokong oleh empat lagi peguam,” Rosal kepada FMT.

Amer adalah peguam bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dan bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim, yang kedua-duanya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pada Jun 2020, pendakwaan menarik balik 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Musa. Azeez pula dibebaskan pada Disember tahun lalu.

Rosal berkata, pasukan pembelaan dalam kes Wan Saiful masih belum menerima set lengkap dokumen yang pendakwaan mahu gunakan dalam perbicaraan itu.

“Keadaan itu menyebabkan kami belum memutuskan untuk membuat bantahan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula tuduhan,” katanya.

Kes itu akan disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob pada 8 Mei.

Pada 21 Feb, Wan Saiful minta dibicarakan atas tuduhan menerima rasuah RM6.9 juta berkait program Jana Wibawa.

Beliau juga didakwa meminta sejumlah wang untuk projek jalan raya bernilai RM232 juta berkait dengan program tersebut.

Rozina berkata, kes itu mesti bermula dalam tempoh tiga bulan dan diputuskan tidak lewat dari sembilan bulan dari tarikh Wan Saiful didakwa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here