Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa -

Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam – Annuar Musa

“TUNGGU selepas habis puasa enam,” Itu respons ringkas yang diberikan oleh Pengerusi Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa semasa diminta mengulas hala tuju politiknya oleh wartawan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad malam tadi.

Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.

“Hari ini (semalam) baharu masuk hari ketiga puasa enam,” katanya.

Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Annuar memberitahu, akan menyertai salah satu daripada tiga parti yang pernah membuat tawaran sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan tidak akan menubuhkan parti baharu kerana bimbang semakin banyak perpecahan dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu.

Pada 9 Disember lalu, Annuar dipecat sebagai ahli UMNO selepas mencemuh parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.