Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Imam minta maaf tak angkat takbir, solat sunat Aidilfitri diulang semula -

Imam minta maaf tak angkat takbir, solat sunat Aidilfitri diulang semula

GARA-GARA imam terkhilaf tidak mengangkat lima kali takbir di rakaat kedua, solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ), di sini terpaksa diulang semula.

Harian Metro melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 8.45 pagi ini dengan 3,000 jemaah hadir di masjid berkenaan untuk bersolat.

Sejurus memberi salam, imam terbabit terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu buat kali kedua pada jam 8.55 pagi.

Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam berkenaan.

“Baguslah, imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini, ” katanya.

Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat akhir dan memberi salam.

“Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini. Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini, “katanya.

Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid terbabit.