Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mencuri di pasaraya, lelaki Pakistan didenda RM2,500 -

Mencuri di pasaraya, lelaki Pakistan didenda RM2,500

SEORANG lelaki warganegara Pakistan dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah mencuri di sebuah pasar raya di Lukut, Port Dickson, Jumaat lalu.

Tertuduh, Muhammad Sajid Qamar, 32, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, pada tarikh berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang di pasaraya di Lukut, telah mencuri di dalam sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat perniagaan dan kes disabitkan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, pada tarikh, masa dan lokasi yang sama, pengadu dimaklumkan kakitangannya terdapat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah memanggil beberapa kakitangan lain untuk memerhatikan gerak geri tertuduh.

Selepas tertuduh membuat pembayaran di kaunter, pengadu telah menahan tertuduh dan meminta tertuduh untuk membuka beg, namun tertuduh enggan memberikan kerjasama.

Pengadu telah meminta bantuan dari kakitangan lain untuk membuat pemeriksaan beg dan setelah dua kali pengadu meminta barulah tertuduh bersetuju membuka beg.

Pemeriksaan mendapati barangan dalam beg masih tidak dibayar kerana tidak mempunyai plastik dan barang yang di dalam plastik sahaja dibayar dan mempunyai resit.

Pengadu kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya dan tertuduh ditangkap sejurus selepas itu, lapor Kosmo!.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jiwan Kaur dalam hujahannya memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh yang telah menyebabkan kerugian bernilai RM448 dan mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima hari dari tarikh ditangkap dan denda RM2,500, jika gagal bayar lapan bulan penjara.