Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penyelenggaraan jalan punca Lebuhraya KL-Karak sesak -

Penyelenggaraan jalan punca Lebuhraya KL-Karak sesak

KESESAKAN teruk yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur ketika ini disebabkan oleh penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Pengendali lebuh raya tersebut, Anih Berhad dalam kemas kini di akaun Twitter berkata, kesesakan berlaku dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong.

Bagaimanapun, pada jam 11 pagi tadi, Anih memaklumkan kesemua lorong telah dibuka dan trafik dijangka beransur pulih.

Difahamkan, kesesakan masih lagi berlaku di laluan terbabit dan kerja-kerja penyelenggaraan itu dikatakan akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga jam.

Sehingga jam 9 pagi tadi, trafik sesak sejauh 11.7 kilometer dari KM20.1 hingga KM31.8 lebuh raya itu arah Timur berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi terbabit, lapor Astro AWANI.