Ajal bapa, anak saudara dalam perjalanan ke bazar Aidilfitri

0
131

PEERJALANAN pekerja restoran dan anak saudaranya untuk membeli belah di Bazar Aidilfitri bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas merempuh pokok di Jalan Lendu, Masjid Tanah, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38.

Menurutnya, seorang lagi saudara mangsa yang duduk di belakang dikenali Azizul Hamis@Jainy, 38, cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Alor Gajah.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu Muhammad Hasraf dari arah Taman Dimensi Lendu menuju ke Masjid Tanah untuk berbelanja di bazar Aidilfitri dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pokok di kiri jalan.

“Pelanggaran menyebabkan pemandu dan bapa saudaranya yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang yang juga bapa saudara pemandu cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa dibawa Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dirawat di Zon Merah hospital sama lapor Berita Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here