Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sembilan motosikal, empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di Suria KLCC -

Sembilan motosikal, empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di Suria KLCC

SEMBILAN motosikal dan empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata dalam kejadian pada 3.45 petang itu, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tun Razak dan Keramat telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat insiden kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik. 

“Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya manakala empat motosikal yang lain, terbakar antara tiga hingga 20 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, api dapat dikawal sepenuhnya pada 4.04 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan selain tiada mangsa terlibat.

— BERNAMA