Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis dijangka guna kamera badan tahun ini -

Polis dijangka guna kamera badan tahun ini

ANGGOTA polis di seluruh negara dijangka menggunakan kamera badan pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pelaksanaan kini dalam fasa terakhir, melibatkan penelitian oleh jawatankuasa penilaian.

“Baru-baru ini, proses taklimat kepada pembida berminat sudah diberikan dan jawatankuasa akan membuat penilaian sebelum perolehan lanjut dibuat.

“Saya yakin ia akan dilaksanakan tahun ini. Jika melihat proses itu, ia tidak memakan masa sehingga hujung tahun, dan boleh jadi pada suku kedua atau ketiga ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Disember lepas, Saifuddin dilaporkan berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan polis dan ia akan dilakukan dengan ketelusan dalam urusan perolehannya.

Katanya, penggunaan kamera badan mampu memudahkan pengumpulan bahan bukti dan meningkatkan integriti pasukan polis, tetapi perlu mengelak dimanipulasi mana-mana pihak.

Saifuddin berkata, polis bersedia sepenuhnya menggunakan kamera badan dalam usaha menangani isu rasuah dan integriti.

“Kerajaan berpegang kepada prinsip sifar toleransi terhadap isu rasuah di negara ini. Antara langkah memperkukuhkan integriti itu adalah menerusi teknologi dan salah satunya adalah penggunaan kamera badan,” katanya