Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bas ekspres dua tingkat bawa 20 penumpang terbakar -

Bas ekspres dua tingkat bawa 20 penumpang terbakar

SERAMAI 20 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan panggilan kecemasan pada jam 10.23 malam.

“Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil Hesam berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kejadian melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan kemusnahan kebakaran dianggarkan 50 peratus.

“Bas itu dalam perjalanan dari KL Sentral menghala ke Jalan Tuanku Abdul Halim. Seramai 20 orang penumpang dan pemandu bas itu selamat.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.47 malam dan padam sepenuhnya jam 12.09 tengah malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya lapor Sinar Harian.