Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bersatu Wilayah agih 1,500 bubur lambuk, 300 sumbangan asnaf sempena Ramadan -

Bersatu Wilayah agih 1,500 bubur lambuk, 300 sumbangan asnaf sempena Ramadan

BERSATU Wilayah Persekutuan menderma 300 kotak sumbangan berbentuk makanan dan wang ringgit kepada asnaf pada program ‘Iftar Badan Pimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan’ yang berlangsung di Hotel Tamu, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Program buka puasa itu bertujuan menyantuni lebih 300 golongan asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan dengan sumbangan diserahkan menerusi 130 penerima.

Turut hadir Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman dan Ketua Sayap Bersekutu Malaysia, Datuk Dr. Chong Fatt Full.

Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman memberi ucapan pada program yang berlangsung di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sementara itu, turut berlangsung penyerahan watikah pelantikan pegawai perhubungan baharu jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri (BPN) yang dijangka memberi impak positif kepada gerak kerja Bersatu Wilayah Persekutuan.

Ketua Bersatu Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail dilantik Setiausaha Negeri baharu, Ketua Bersatu Cheras, Zamzuri Muhammad dipilih sebagai Bendahari manakala jawatannya sebelum ini selaku Ketua Penerangan digalas oleh Ketua Bersatu Segambut, Mahathir Mohd Rais.

Badan Pimpinan Negeri Bersatu Wilayah Persekutuan turut bersetuju Ketua Sayap bersekutu Segambut, Datuk Simon Suresh V. untuk dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu Negeri baharu.

Dalam pada itu, Bersatu Segambut dan Sayap Bersekutu Wilayah Persekutuan meneruskan tradisi tahunan mengagihkan 1,500 bubur lambuk dalam menyemarakkan semangat perpaduan.

Perkarangan pejabat Bahagian Bersatu Segambut dipenuhi kereta, motor orang ramai bagi menerima juadah berbuka puasa itu yang cukup sinonim dengan bulan Ramadan. -SB

Penyerahan watikah perlantikan pegawai perhubungan baharu jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri (BPN)
Motor dan kereta parkir di tepi jalan bagi menerima bubur lambuk