Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Kita tidak lupa, tapi Zahid sebenarnya yang lupa' - Razali Idris -

‘Kita tidak lupa, tapi Zahid sebenarnya yang lupa’ – Razali Idris

SASARAN Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu di Pulau Pinang dalam pilihan raya negeri (PRN) bukan angan-angan, sebaliknya realiti berdasarkan sokongan semasa terhadap gabungan itu.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, ketika ini sokongan terhadap PN khususnya dalam kalangan pengundi Melayu kekal kukuh sepertimana diterima ketika negara berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.

“Kami tidak bermimpi di siang hari, tapi Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebenarnya yang lupa.

“(Realitinya) UMNO tidak pernah dapat memegang kerajaan negeri di Pulau Pinang dan semua kerusi Parlimen (yang pernah dikuasai) mereka kini menjadi milik PN,” katanya, lapor BH Online.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan ramalan PN mampu memenangi 15 kerusi DUN majoriti Melayu pada PRN di Pulau Pinang seperti mimpi di siang hari.

Sebelum ini, sebuah portal meramalkan PN mungkin menang 14 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, laporan sama mengatakan gabungan itu mungkin tidak dapat merampas kerajaan negeri daripada PH kerana tidak mendapat sokongan bukan Melayu yang membentuk majoriti 62 hingga 98 peratus pengundi di 25 daripada 40 kerusi di Pulau Pinang.

Dilaporkan PAS dan BERSATU Pulau Pinang mencapai persefahaman untuk membahagikan sejumlah 15 kerusi DUN kawasan majoriti Melayu pada PRN akan datang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusoff, berkata, kedua-dua parti komponen PN negeri itu turut mengadakan perbincangan dalam mengenal pasti calon berwibawa.

Razali berkata, sasaran dan keyakinan merampas kerusi DUN juga hasil tinjauan dan penyelidikan di buat parti, bukannya sekadar andaian semata-mata.

Katanya, pasukan gerak kerja mengumpul maklumat di peringkat akar umbi dan meneliti sokongan pengundi di bawah.

“Alhamdulillah sehingga kini, petunjuk yang diberikan meyakinkan, namun kita berserah kepada Allah,” katanya.