Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki cuba pukul imam dengan selipar ditahan -

Lelaki cuba pukul imam dengan selipar ditahan

LELAKI dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, di Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.

“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.

“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini

Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.