Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengemis warga asing raih RM240 hanya beberapa jam di bazar -

Pengemis warga asing raih RM240 hanya beberapa jam di bazar

TIDAK sampai beberapa jam kutipan mencecah sehingga RM240, itu antara hasil diperoleh seorang wanita warga asing yang meminta meminta sedekah di tapak Bazar Ramadan Keramat Permai di Ampang.

Suspek dikesan hanya bermodalkan bekas berwarna merah jambu sambil duduk menadah tangan meraih simpati orang ramai.

Tindakan suspek berumur lingkungan 50-an itu bagaimanapun membawa padah apabila diberkas dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kegiatan suspek dibongkar menerusi aduan yang diberikan oleh orang awam.

“Suspek didapati meraih simpati di lokasi dengan meminta sedekah daripada orang ramai.

“Suspek kemudiannya ditahan sebelum pemeriksaan dalam beg yang disandang suspek mengandungi wang kira-kira RM240 hasil kegiatan tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, pemeriksaan dijalankan turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya, lapor Sinar Harian.