Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat -

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat

HUJAN lebat dan ribut di sekitar Damansara Damai, Jalan Ipoh dan Sungai Buloh di sini, malam tadi menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata di Taman Desariang, Damansara Damai, 15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

“Enam lagi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dihempap pokok tumbang. Kerja-kerja memotong sisa pokok tumbang sedang dijalankan, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Morni, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.19 pagi tadi berhubung kejadian itu sebelum 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik, BBP Damansara dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi.

Selain itu, katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.15 malam menyatakan terdapat pokok tumbang di Jalan Ipoh menghala susur Selayang.

“Bomba juga menerima panggilan kecemasan pada 12.52 tengah malam mengenai pokok tumbang di PJU 10/9, Rampai Idaman, Prima Damansara di Sungai Buloh yang menghempap sebuah Toyota Hilux dan Toyota Attos,” katanya.

Sisa pokok tumbang telah dipotong dan dialihkan ke tempat selamat, katanya.