Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kelantan beri bantuan RM700 kepada penjawat awam -

Kelantan beri bantuan RM700 kepada penjawat awam

KELANTAN hari ini mengumumkan pemberian bantuan raya RM700 kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam berkenaan tidak lama lagi sebagai persediaan menyambut raya.

“Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa untuk Aidilfitri kali ini kita sediakan RM700 kepada semua penjawat awam, sama juga kita beri kepada lantikan politik sebagaimana amalan biasa,” katanya ketika mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500.

— BERNAMA