Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saya tidak cepat 'koyak', terbuka terima teguran rakyat - MB Perlis -

Saya tidak cepat ‘koyak’, terbuka terima teguran rakyat – MB Perlis

MENTERI Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata beliau sentiasa terbuka menerima padangan dan teguran daripada rakyat dan tidak cepat ‘koyak’ demi kebaikan bersama ke arah pembangunan negeri itu.

“Saya baca teguran di kumpulan WhatsApp tapi saya tak tulis (balas), saya tidak pernah koyak pun apabila dikomen yang berbagai-bagai,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Asrul Aimran Abd Jalil (PAS-Kayang) berhubung perancangan kerajaan bagi menjadikan pandangan dan idea rakyat sebahagian daripada kerangka pembangunan negeri.

Mohd Shukri (PAS-Sanglang) berkata beliau menyertai berpuluh-puluh kumpulan WhatsApp melibatkan pelbagai komuniti dan akan membaca setiap komen yang diberikan dan menerimanya dengan positif.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mengemukakan pandangan dan teguran terus kepada pihak kerajaan negeri atau menerusi wakil rakyat.

“Insya-Allah, kita di kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima apa-apa pandangan daripada rakyat,” katanya dan menambah pandangan rakyat akan diambil kira dalam merangka pembangunan di setiap kawasan, sebagai contoh menerusi Program Publisiti dan Penyertaan Awam bersama rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri turut menerima permohonan, aduan dan cadangan daripada pelbagai lapisan rakyat menerusi Bahagian Pentadbiran Daerah, selain menerusi Platform Aduan Integriti dan Aduan Awam yang boleh disampaikan melalui email di aduan@perlis.gov.my dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

— BERNAMA