Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
‘Datuk Roy’ bebas atas jaminan SPRM, ditahan semula berhubung kes lain -

‘Datuk Roy’ bebas atas jaminan SPRM, ditahan semula berhubung kes lain

AHLI perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas tiga hari disiasat dalam kes yang berkaitan dengan siasatan ke atas program Jana Wibawa.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membebaskan Hussein Nasir, 54, selepas SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman, lapor Utusan Malaysia.

Selasa lepas, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan agensi antirasuah tersebut untuk mereman ahli perniagaan itu hingga hari ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Hussein hadir di mahkamah hari ni sebagai formaliti, bagi membolehkan pihak SPRM memaklumkan tiada lanjutan reman, menurut peguamnya, Fahmi Abd Moin.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya ditahan untuk siasatan kes lain membabitkan Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009, tambah Fahmi.

“Reman tidak disambung, pagi ini anak guam saya akan ke SPRM Kuala Lumpur bagi proses jaminan. Setakat ini, tiada maklumat bila akan dituduh di mahkamah,”

“Anak guam saya kemudian akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan pihak siasatan akan mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret esok.” katanya kepada wakil media, lapor FMT.

Dilaporkan pada Isnin lepas, Hussein, dipercayai menjadi perancang utama kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, ditahan SPRM selepas menyerah diri.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu atas kesalahan menerima rasuah.

Program Jana Wibawa diperkenalkan pada November 2020 oleh kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.