Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Shahidan gesa kerajaan naikkan harga lantai getah -

Shahidan gesa kerajaan naikkan harga lantai getah

AHLI Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dari Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan menaikkan harga lantai untuk komoditi getah bagi membela kebajikan golongan peladang.

Katanya, harga lantai itu wajar diletakkan pada harga RM3.50 sekilogram berbanding harga lantai sekarang iaitu RM2.50.

“Saya mencadangkan harga lantai kepada RM3.50. Rakyat Malaysia kena bersetuju. Rakyat tertekan, pendapatan mereka(pekebun kecil) pada kadar RM600-RM700.

“Kalau kami memerintah, kita akan naikkan kepada RM3.50,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa komoditi.

Kerajaan sebelum ini bersetuju menaikkan paras harga Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta.

Ketika menggulung perbahasan, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Siti Aminah Aching berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM RM448 juta dari September 2015 hingga 2022 membabitkan 210,000 pekebun kecil untuk IPG.

“Kerajaan akan mempertimbangkan harga pengaktifan IPG dari semasa ke semasa namun bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan turut membangkitkan usaha membanteras kempen anti minyak sawit yang diturut dibangkitkan beberapa ahli Parlimen lain.

Ini kerana peruntukan kepada program menangani kempen anti minyak sawit diturunkan kepada RM10 juta dalam belanjawan tahun ini, berbanding RM20 juta sebelum itu.

Dalam jawapan yang diberikan, timbalan menteri berkata ia akan memanfaatkan peruntukan itu meskipun dipotong.