Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelajar dibenar pakai baju sukan untuk aktiviti kokurikulum -

Pelajar dibenar pakai baju sukan untuk aktiviti kokurikulum

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.

“Soal baju kokurikulum, badan beruniform, juga menjadi isu, jika tidak mampu, pakai baju sukan sekolah  untuk hadir dan mengikuti semua program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia MADANI Peranan Sektor Pendidikan, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai kelewatan pengumuman keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini, Fadhlina berkata tarikh berkenaan adalah wajar dan tidak timbul isu kesuntukan masa untuk membuat persiapan ke sekolah baharu.

— BERNAMA