Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hafidz Roshdi tak mengaku salah cederakan isteri -

Hafidz Roshdi tak mengaku salah cederakan isteri

PELAKON, Hafidz Roshdi didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya dalam kejadian pada 2 Mac lalu.

Bagaimanapun Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret.

Terdahulu, Hafidz yang berdepan pertuduhan menumbuk isterinya sempat menyapa petugas media ketika tiba di pekarangan Mahkamah pada pukul
8.30 pagi memberikan salam kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Beliau yang berbaju kemeja berwarna hijau dan jaket kelabu serta berseluar hitam hadir diiringi pasukan peguamnya yang diketuai, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Media pada Jumaat lalu melaporkan pelakon itu akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon tersebut akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, pada 2 Mac lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata dan muka.

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang terhadap isterinya.

Rentetan itu pelakon itu turut menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.