Tiada lagi subsidi daripada kerajaan untuk industri

0
185

KERAJAAN tidak lagi akan lagi memberi subsidi kepada sektor dan industri yang berdepan kesukaran, sebaliknya akan mengambil pendekatan untuk bekerjasama bersama-sama mereka mengatasi masalah dihadapi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata sudah menjadi kelaziman pada masa lalu, apabila sesuatu sektor dan industri tertentu mengalami masa yang sukar, mereka akan merayu kepada kerajaan untuk memberikan subsidi.

Sebagai contoh, katanya amalan itu berlaku apabila harga bahan mentah dalam industri itu didapati naik mendadak.

“Pendekatan (baharu) yang kita ambil ialah mahu beralih daripada suntikan wang berbentuk subsidi semata-mata kepada indsutri tertentu yang tidak mengubah apa-apa, (ibarat) hanya beri ‘panadol’ semasa demam, itu sahaja.

“Yang kita mahu lakukan ialah, kerajaan sememangnya terbuka untuk membantu apabila sesuatu industri itu ada masalah dan sebagainya, tetapi bentuk bantuan itu kita mahukan supaya ia mengubah struktur industri itu,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi panelis pada Invest Malaysia di sini, hari ini.

Sesi panel itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai contoh, ada beberapa industri yang bergantung banyak kepada penggunaan gas dalam proses (perniagaan) mereka.

“Apabila harga gas naik mendadak sudah tentu kos mereka melonjak. Kerajaan lebih cenderung untuk membantu mereka menukar sumber tenaga daripada gas, contohnya kepada biojisim.

“Sebab itu, jika mahu membuat sendiri, mereka memerlukan sedikit sebanyak bantuan. Namun, bantuan atau diberikan kerajaan itu mengubah struktur dan operasi industri berkenaan supaya ia dapay menyelesaikan masalah yang sedia ada.

“Itu maksud saya yang kerajaan cenderung untuk bekerjasama dengan industri supaya sebarang bentuk bantuan bukan berbentuk subsidi seperti sebelum ini, tetapi berbentuk bantuan yang akan mengubah serta menguatkan daya saing sesebuah industri itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here