Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu -

Dakwaan ‘Muhyiddin ditahan SPRM’ tidak benar – Sumber Bersatu

SUMBER dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia sekali gus menafikan cakap-cakap yang mengatakan Muhyiddin telah ditahan ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor pada Rabu.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Sehingga kini, berita tersebut hanyalah spekulasi kerana belum mendapat sebarang pengesahan daripada SPRM.

Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada SPRM dan juga pegawai Muhyiddin berhubung berita yang tersebar itu.

Cakap-cakap tentang SPRM akan menahan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik sudah tersebar sejak minggu lalu, namun Astro AWANI tidak dapat mengesahkan berita tersebut sehingga kini.