Pendakwaan terpilih ‘double-standard’ Kerajaan PH-BN

0
233

TINDAKAN terdesak Kerajaan PH-BN terkini yang melaksanakan penyiasatan dan pendakwaan terpilih serta double-standard kerana ‘kegilaan’ dan ketakutan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diterjemah melalui penolakan rakyat di enam negeri terbabit.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, rakyat di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berkata rakyat di enam negeri ini akan menolak kerajaan PH BN akibat ‘double standard’ dan pendakwaan terpilih yang dilakukan.

“Pas konsisten serta tegas dengan pendirian bahawa amalan rasuah wajib ditolak dalam segenap urusan sama ada pentadbiran kerajaan mahupun organisasi kerana amalan rasuah bertentangan dengan ajaran Islam.

“Pas juga menyambut baik kenyataan dan ketegasan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyebut bahawa Pas dan PN bersedia bila-bila masa untuk sebarang siasatan mahupun keterangan sekiranya ada dakwaan ke atas mana-mana pemimpin dengan syarat: wajib bersikap adil dan tidak pendakwaan terpilih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pas turut mengharapkan agar Kerajaan PH-BN yang kononnya mahu mereformasi sistem perundangan negara agar tidak mengamalkan pendakwaan terpilih dan double–standard dalam setiap penyiasatan dan pendakwaan.

Sebelum ini media melaporkan beberapa pemimpin Bersatu didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here