TAN Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang yang kawasan mereka dilanda banjir.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, peruntukan terbabit bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen masing-masing.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang meluluskan segera peruntukan RM50 juta kepada Johor tetapi saya cadangkan ia dinaikkan kepada RM100 juta kerana keadaan banjir pada kali ini amat teruk,” katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.