Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pekerja penyelenggara jeti jatuh dalam laut ditemui lemas -

Pekerja penyelenggara jeti jatuh dalam laut ditemui lemas

SEORANG pekerja kontrak berusia 27 tahun sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih sebuah jeti di sini, mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di pinggir bandar ini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Riham Abdollah, berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa dari sebuah syarikat kontraktor kecil ditugaskan melaksanakan kerja di jeti kendalian Shell Timur Sdn Bhd apabila dipercayai terjatuh ke dalam laut.

Katanya, pasukan penyelam bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian, menemukan mayat mangsa di kedalaman 16 meter.

Mangsa di kenali sebagai Zamri Lamuseng dari Putatan, Penampang, Sabah.

Sementara itu, Ketua Polis Labuan, Supt Ahmad Jawilla, berkata mangsa bersama empat pekerja lain sedang melakukan pemasangan perancah.

“Mereka tiba di jeti pada jam 6 pagi untuk melakukan pemasangan, tetapi kira-kira jam 11 pagi, mereka mendapati Zamri tidak berada di jeti dan melihat topi keselamatannya terapung berhampiran jeti dan mereka segera membunyikan siren kecemasan,” katanya.

Ahmad menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya memaklumkan kepada balai polis Labuan untuk membantu siasatan.

— BERNAMA