LIMA negeri merekodkan sejumlah 48,967 mangsa banjir membabitkan 14,194 keluarga yang berlindung di 294 pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini, menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Johor mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi membabitkan 44,860 orang (13,029 keluarga) yang ditempatkan di 260 PPS, setakat jam 8 pagi, meningkat berbanding 42,704 orang (12,408 keluarga) pada jam 8 malam tadi.
Pahang menyusul dengan 2,978 mangsa banjir (874 keluarga) berlindung di 23 PPS, manakala Melaka merekodkan 471 orang (126 keluarga) di lima PPS sekitar Alor Gajah dan Jasin.
Selangor yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir pula mencatat 71 mangsa banjir (17 keluarga) di dua PPS di Kuala Selangor dan Petaling.
Di Negeri Sembilan, Tampin yang terjejas banjir bagaimanapun merekodkan penurunan kepada 587 mangsa (148 keluarga) di empat PPS berbanding 653 orang (170 keluarga) semalam lapor Berita Harian.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.