Banjir: Kerajaan Kelantan sumbang RM50,000 kepada negeri Johor

0
201

KERAJAAN Kelantan menyalurkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Johor yang sedang mengalami bencana banjir.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sumbangan itu sebagai tanda kebersamaan bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri turut bersimpati kejadian banjir yang berlaku di Johor. Semoga Allah SWT memudahkan urusan dan memberikan ketabahan kepada semua mangsa banjir yang terjejas,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Keadaan banjir di Johor semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 26,633 orang setakat 2 petang ini, berbanding 25,213 orang 8 pagi tadi dengan tujuh lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 193 PPS beroperasi di kesemua 10 daerah.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here