Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN: Pas pertaruh muka baharu, boleh menang di Kelantan -

PRN: Pas pertaruh muka baharu, boleh menang di Kelantan

PAS Kelantan sedia mempertaruhkan muka baharu yang boleh membawa kemenangan kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Julai nanti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, calon muda yang berkaliber akan turut diketengahkan dalam usaha mempertahankan tampuk kepimpinan di bumi serambi Mekah ini sebagaimana dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Kita akan pilih tetapi Majlis Syura Ulamak Pas akan buat keputusan. Kita juga sudah buat kajian di peringkat akar umbi dalam persediaan menghadapi pilihan raya.

“Berdasarkan kajian dilaksanakan kita putuskan untuk tidak fokus kepada kuota dalam pembahagian kerusi sebaliknya lebih menumpukan faktor boleh menang calon-calon diketengahkan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pengerusi Belia Sukan dan NGO negeri itu memberitahu, Pas optimis mampu mencapai kemenangan 45-0 pada PRN itu nanti.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan kepada gelombang sokongan dan semangat anak muda serta pengundi sedia ada terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN) yang masih belum tidak luntur.

“Segala persiapan untuk PRN telah dilakukan sejurus Parlimen di bubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15 sebelum ini,” ujarnya lapor Utusan Malaysia.