Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok -

Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di  Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Bera, Pekan dan Rompin manakala tahap buruk di kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan sehingga 2 Mac ini.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap wasapada dijangka berlaku di Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya manakala di Perak membabitkan lokasi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, di Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini.

— BERNAMA