Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Angka korban gempa bumi Turkiye cecah 44,218 orang -

Angka korban gempa bumi Turkiye cecah 44,218 orang

SEKURANG-kurangnya 44,218 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat.

Hampir 335,400 khemah telah dibina di zon gempa, lapor Agensi Anadolu memetik Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian. 

Empat pusat khidmat sosial bergerak diwujudkan di Kahramanmaras, Hatay, Osmaniye dan Malatya untuk menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi.

Kira-kira 912,000 orang telah menerima sokongan psikososial dengan 615,000 di zon gempa bumi dan 297,000 di luar zon gempa.

Menurut AFAD, gempa yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu turut disusuli dengan 9,136 gegaran susulan.

Gegaran berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 10 wilayah lain – Hatay, Gaziantep, Adiyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa, dan Elazig yang menjejaskan kira-kira 13.5 juta penduduk.

Beberapa negara di rantau berkenaan termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran itu.

— BERNAMA