JAIS batal kuliah Ustaz Azhar Idrus

0
252

PENCERAMAH popular, Ustaz Azhar Idrus atau UAI berkata, pihaknya terpaksa membatalkan kuliah maghrib yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Selangor.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliah maghrib perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Febuari 2023 (Ahad) terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor (JAIS).

“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda,” tulis pengendali Facebook Ustaz Azhar Idrus pada Khamis.

Ujar kenyataan tersebut, Kuliah maghrib pada tarikh tersebut akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan.

Perkongsian ringkas itu mendapat reaksi kurang senang pengikut pendakwah popular tersebut antaranya seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang meluahkan rasa sedih dengan keputusan pembatalan kuliah maghrib tersebut.

“Sedihnya bila orang mengajak buat maksiat dialu-alukan, orang mengajak mengingat akhirat dan ladang pahala, disekat,” tulis guru yang mempunyai 694,000 pengikut di Facebook.

Seorang lagi pengguna media sosial Facebook, Eyza Ali turut meluahkan rasa kurang senang dengan sekatan ke atas penceramah tersebut.

“Allahuakbar, pergi ceramah agama je pun, bukan pergi konsert,” tulisnya ringkas lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada JAIS berhubung perkara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here