Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gempa bumi kuat landa Indonesia pagi Jumaat -

Gempa bumi kuat landa Indonesia pagi Jumaat

GEMPA bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia Maluku Utara pada pagi Jumaat, manakala tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 03.02 pagi waktu tempatan Jumaat (2002 GMT Khamis) dengan pusat gempa terletak 133 kilometer (km) barat laut daerah Pulau Morotai dan kedalaman 112 km di bawah dasar laut, dan tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi itu.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur, kata Abdul Muhari, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara.

“Penduduk di daerah Pulau Morotai turut merasai gegaran itu,” kata Yusri A Kasim, ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara.

Indonesia terletak di zon terdedah gempa bumi iaitu “Lingkaran Api Pasifik”.

— BERNAMA