Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Belanjawan 2023: Elaun guru KAFA naik RM100 -

Belanjawan 2023: Elaun guru KAFA naik RM100

KERAJAAN menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, melalui peruntukan tambahan lebih RM40 juta itu, elaun bulanan membabitkan 35,000 guru KAFA naik kepada RM1,100.

Menurutnya, kerajaan juga memberikan sumbangan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

“Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan tersebut melibatkan peruntukan lebih RM40 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

Sementara itu, katanya bagi keseluruhan berkaitan hal ehwal Islam, sejumlah RM1.5 bilion telah diperuntukan dalam Belanjawan 2023.

“Kita mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.

“Pengurusan paling cekap harus dimulakan di sini, dan gedung ini mesti menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam,” katanya lapor Astro AWANI.