Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik -

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik

KERAJAAN akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan rokok elektronik yang mengandungi nikotin telah dijual secara berleluasa meskipun ia masih tidak sah disisi undang-undang.

“Walaupun rokok elektronik atau vape belum sah disisi undang-undang tetapi hakikatnya ia dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

“Alangkah baiknya sekiranya dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape,” katanya ketika sesi pembentangan Bajet 2023 di parlimen pada Jumaat, lapor Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Anwar Ibrahim menyatakan, pihaknya menyokong penuh pelaksanaan Generational End Game (GEG) selain bersetuju untuk menyalurkan hasil cukai berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah itu katanya bagi meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan kesihatan dan sokongan terhadap kempen anti rokok dan sebagainya dengan lebih berkesan.