Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remaja 15 tahun rogol adik hingga lahirkan anak didakwa -

Remaja 15 tahun rogol adik hingga lahirkan anak didakwa

REMAJA didakwa di Mahkamah Majistret di Jelebu, Negeri Sembilan, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol adik kandungnya, tahun lalu sehingga melahirkan anak.

Remaja berusia 15 tahun itu didakwa merogol mangsa pada Jun dan September 2022 mengikut Seksyen 376B ( 1) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, 15, didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya, 14, yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama pada 11 malam hingga 12 tengah malam, di antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan denga mangsa sama yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam di antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.

Berdasarkan fakta kes adiknya melahirkan bayi lelaki cukup sifat, 16 Februari lalu dengan dibantu ibunya.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.

Tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi atau mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala tertuduh tidak diwakili peguam.