Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gempa kuat 6.8 magnitud gegar sempadan China, Tajikistan -

Gempa kuat 6.8 magnitud gegar sempadan China, Tajikistan

GEMPA bumi kuat 6.8 magnitud menggegarkan sempadan wilayah autonomi Uighur di Xinjiang, China dan Tajikistan pada jam 8.37 pagi, lapor USGS pada Khamis.

Media negara China bagaimanapun melaporkan gegaran pada 7.3 magnitud.

Tiada laporan kerosakan bangunan, kecederaan atau kehilangan nyawa dilapor setakat ini.

USGS menjangkakan hanya “sedikit atau tiada penduduk” terjejas kepada insiden tanah runtuh akibat daripada gempa itu.

Pusat gempa dipercayai terletak di Gorno-Badakhshan, wilayah timur separa autonomi yang bersempadan dengan Afghanistan dan China.

Gegaran susulan 5.0 magnitud melanda kawasan itu kira-kira 20 minit selepas gempa awal.

Wilayah yang tidak ramai penduduk itu dikelilingi banjaran pergunungan Pamir.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata gempa dengan kedalaman 49 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 363km timur laut dari Taloqan, Afghanistan.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu, lapor Astro AWANI.