Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan disarankan wujud taska OKU di setiap Parlimen -

Kerajaan disarankan wujud taska OKU di setiap Parlimen

WAKIL rakyat wanita Perikatan Nasional (PN) mendesak kerajaan mewujudkan taska bagi kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di setiap Parlimen.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi, berkata 11 taska kanak-kanak kurang upaya yang ada ketika ini hanya memenuhi keperluan 4.7% golongan berkenaan.

“Kita difahamkan oleh doktor, sekiranya mereka diberi intervensi awal, kelemahan anak-anak ini dapat diatasi melalui terapi yang betul daripada pihak pengasuh dan ibu bapa kerana 15% golongan OKU adalah jumlah populasi negara,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Hadir sama Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau turut menggesa kerajaan mengkaji semula tahap pendidikan pengasuh taska OKU yang ketika ini disyaratkan hanya memiliki sijil pendidikan awal kanak-kanak.

“Pengasuh yang dipilih bekerja di taska OKU diberikan kepakaran seperti guru pakar yang ada di sekolah pendidikan khas kerana mereka dilatih.

“Tapi pengasuh cuma ada sijil pendidikan awal kanak-kanak, kita bimbang bila tiada kepakaran khas tak membantu anak-anak ini,” katanya, lapor FMT.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mewujudkan pelan khas bersepadu supaya tindakan dapat diambil bagi menyelesaikan masalah berkaitan kanak-kanak kurang upaya.

“Modul kanak-kanak ini juga perlu ditambah baik oleh kerajaan…kita mahu kanak-kanak bawah usia empat tahun ini dilindungi,” katanya