Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin dakwa rakyat marah Anwar ‘cipta’ tuduhan, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri dalam PRN -

Muhyiddin dakwa rakyat marah Anwar ‘cipta’ tuduhan, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri dalam PRN

TAN Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) memberi amaran rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri atas perlakuan “mencipta” pelbagai tuduhan ke atas gabungan itu.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, gabungan itu akan “tarah” (menang) di semua enam negeri itu.

Katanya, tuduhan dibuat Anwar kononnya berlaku penyelewengan dana semasa beliau menjadi perdana menteri hanya ciptaan dibuat demi menghasut rakyat membenci PN.

“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya dan semua (pemimpin PN) ini, kata (kita ini) perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita.

“Tapi saya percaya gelombang PN yang sudah pun kita lihat (pada) PRU lalu akan terus melanda negara ini (dan) enam buah negeri ini akan tarah. ‘There will be backlash’ (akan ada tindak balas). Saya nak bagi amaran,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Agong lapor FMT.

BERITA LANJUT MENYUSUL